Thursday, March 20, 2008

Siapa boss???

Pilihan sudah,Raya pun sudah yang menang dah selesai buat kenduri yang kalah masih dok menuding jari.........Aku ...tetap macam ni.Takpalaaa,tunggu laaa menanti dan terus menanti.....
Dah masuk tiga bulan di tempat baru...tak banyak yg dapat kawan belajar."Kicap tukau botol" je la gayanya tu.Yg mudah disukarkan lagi Yang sukar belum diuji.Oleh kerana kawan dah biasa meniaga kecil kecilan...di tempat baru ni pun kepala dah tune apa pula yg boleh diniagakan,bukan nak kaya raya dapat beli rig ke atau lain lain bahan teknologi terkini yg mungkin boleh digunakan untuk mengisi masa lapang....dan poket yg sentiasa bocor ni dah lerrr.Sebut pasal niaga,kawan anggap tugasan harian ni pun macam berniaga.
kalau dah takada yg menjual takada laa pembeli!!!So kalau tak banyak yang dapat kawan belajar dengan tugasan ditempat baru biar la kawan pula yg beri pendedahan benda benda yg baru (yg baik jer) yg kurenggg tu suka ati la tepuk dada tanya selera. theee heee........tapi selalunya yg tak baik tak payah ajau sekali cakap terus lekat kat kepala......
Berbalik pada pertukaran....semuanya nak kena tukau...add, 55 ,dan yang penting sekolah anak anak.....Sebelum cuti penggal kawan kesekolah lama anak kawan untuk buat permohonan pertukaran,Kerani begitu mesra mungkin sebab dia kenal....Encik nak antar ke PPD atau saya poskan?kawan bagitau puan jer la buat senang sikit.Ok kata puan kerani minta no talipon cik nanti selesai saya info balik.... lepas satu minggu senyap jer,kawan pun jumpa semula puan kerani tu...Yaaaaa Tuhan....minta maaf la cik saya terlupa nak buat.....Kawan senyumjer...Takpa laaa puan taip saya hantar by hand. ok ok ok cik saya taipkan.Tamat setakat tu.Pas tu kawan ke PPD Taiping,masih ada 15 minit masa rehat MAKAN time.kosong jer.... cik puan kerani kat situ nampak macam kelam kabut jerrr sibuk sangat ke??? Ok, cik tinggalkan surat tu nanti kami pos, boss tak da, tinggalkan no talipon sekali...macam biasa kawan cool jer sebab kawan tau iklim kebanyakan pejabat gomen thee heee....Makan time mesti tepat.
Hari pertama persekolahan penggaal kedua bermula.........Kawan bawa harmonik untuk daftar kekelas walau pun kawan tau surat jawaban dari PPD belum sampai ke sekolah baru..
Sekali lagi mengadap "Puan Kerani", kali ni suasana agak lain sebab masing masing belum kenal dan kawan pulak "low propail" thee heeee ajuk cakap tok ketua lama.Pakai selipar tak pakai GG palsu baju pun lepas keluar jer...maklum la kerja kat ulu....Hulu Perak :)
"Puan" saya nak daftar tukar sekolah anak....Puan kerani tenguk muka kawan atas bawah...surat ada,surat??? Kawan faham maksudnya surat PPD ler tu.Belum dapat lagi puan...
Tak da surat tak boleh daftar tak boleh mula sekolah lagi sebab dikira masih sekolah lama...Kawan suara balik .Abih tu takkan nak suruh anak saya cuti lagi.....Hah macam tu laaa memang arahan, tak da surat PPD tak boleh daftar..(Pekat loghat ulu Peraknya).Tak pa la cik (dah turun sikit pangkat tu)...Saya nak jumpa BOSS. "ahhh pegila jumpa ada ka tidak kat pejabat tak tau laaa tenguk la sendiri...."(Cantik budi bahasa dia)Kawan pun keluar selisih dengan cikgu kebetulan pernah jumpa...Eh Pak*** buat apa kat sini..Kawan bersalam dan beri tahu masalah sebenar...Bagus cik gu ni...Jom ikut saya Cikgu Besar ada kat kantin.Belum kawan bagi salam Cikgu besar dah sapa kawan dulu...Hah bang duduk le kita minum dulu.Kawan oder milo ais ...sujukkan sikit hati ni...cikgu tadi maklum kan pada guru besar masalah kawan.Beliau pun tanya anak kawan.. periksa dulu no berapa. Sembilan rengkas jer anak pompuan sorang kawan jawab.Haaa bagus tu...ok lepas ni ikut saya kita pergi tenguk kelas dan jumpa kawan kawan....esuk boleh terus masuk kelas....(Mudahnya cikgu besar ni buat keputusan....tak ikut arahan seperti kata keraaaani tadi pun.Langgar peraturan niiii!!
Kesimpulannya perkara perkara seperti yang kawan alami tu memang dari dulu kala lagi dalam masyarakat Melayu kalau tak,takkan ada peribahasa Lebih sudu dari kuah.Theee heeee:)SIAPA BOSS?????AKULA BOSS!!!!!!

No comments: