Friday, February 8, 2008

Terima Menantu

Tanggal 7/2/08 bonda kawan dibenarkan balik berehat kat rumah....Semuga kesihatan beliau dalam keadaan baik.Setelah mendapat restu dari bonda tersayang kawan bersiap siap untuk keNegeri Sembilan urusan pertunangan rakan sekerja( rakan ke anak !!!!:>)kira anak lah....tempoh perkhidmatan kawan pun melebehi usia "anak kita tu"Thee heee dah tua rupanya aku!!!!!Jangan kita dituakan oleh usia.Fakta umur hanya angka....yang penting memahami kedudukan kita batas sempadan dan situasi sesuatu keadaan.Kalau diMasjid lebai la kita kalau dirumah aku boss kalau dalam masyarakat....sendiri mau ingat............
Janji berlepas selepas solat Maghrib RV di tol SP Selatan....Perubahan jadual macam biasa Janji orang kita(Alah bisa tegal dek biasa).Lepas Isyak kawan berlepas dan RV ditetapkan di Hentian pertama selepas tol.Hentian Tikam Batu.
Ini lah kesempatan terbaik kawan promote Ham Radio.Kawaan telah bekalkan dua budak kecik dan sudah tentunya mobile untuk "marshall".Kemudahan tersebut digunakan sepenuhnya ber QSO sepanjang jalan.Tapi fitrah manusia bila terlalu excited mungkin dah tiga pat hari tak tidur agaknya "anak"kawan dan OT........Kawan cadangkan elok lah berhenti,rehat minum kopi pas tu baru teruskan perjalanan.(Hampir Lapan kali berhenti keletihan dan mengantuk).
******************************************************************************************
0630 Hrs 8/2/08 selamat sampai di rumah OT XYL.Dalam perjalan kawan dah minta XYL maklumkan kepada mertua supaya minta beliau sediakan tikar bantal.Selepas tunaikan solat pemandu dan krew semua terus luruskan kaki.....Hanyut..XYL dan bonda pengantin rehat sejap dan teruskan aktiviti orang pompuan...Siapkan hantaran dan sireh junjung...masing masing menunjukkan kepakaran...Wah!!!Hebat juga walaupun serba rengkas tapi kualiti.
1130 hrs bergerak ke rumah pengantin perempuan tambah lagi dua jalopy wakil dariN.Sembilan sebagai juru cakap dan satu lagi milik ibu saudara pengantin lelaki yang turun dari S/Alam.Kawan dah adjust awal awal minta mertua kawan bawa pak imam sebagai jurucakap kerana kepakaran berhujah dan ilmu yang mantap ini adalah majlis "rasmi" jangan ada kesilapan yang mungkin akan memalukan kawan dan rombongan.
Sekali lagi penggunaan radio di manafaatkan.Sampai di tempat yg dituju kawan agak risau kerana begitu ramai tetamu macam kenduri besar kawan mungusik agaknya salah rumah pengantin tak?kalau dah rombongan kita sampai dahulu dari "pengantin" sebenar jalankan je lah dah rezeki!!!!!
Kami disambut dengan baik...Urusan merisik,bertunang dan menetap belanja berjalan lancar walaupun rengkas tapi padat.Selesai menjamu selera rombongan balik ke tempat persinggahan di rumah mertua kawan.Apa lagi ...sambung balik tidur bukan apa rehat yg cukup amat di perlukan untuk bergerak balik malam nanti...Bila ada atuk/nenek dalam rombongan,banyak program sampingan terpaksa di batalkan.Teringatkan ayam itiknya anak kucing kat rumah tak makan dll.Orang tua biasanya tak betah untuk tinggal lama ditempat asing.
Perjalanan balik kali ini lebih lancar.Komunikasi radio lebih baik.Walau pun baru pertama kali menggunakan radio, krew krew jalopy yg lain turut berQSO mengusik "Anak teruna" kita.Dengan rehat yang cukup keceriaan berQSO kawan sarankan guna kelajuan maksimum yang ditetapkan kat H/Way....tapi....sesekali terlebah juga.Kalau ada speedtrap resitnya nanti serahkan pada pengerusi rombongan theee heee....Selagi mata boleh tahan teruskan sehingga perhentian seterusnya.......Penggunaan radio banyak membantu melancarkan pergerakan konvoi terutama dalam kesebukan lalu lintas lebih lebih lagi
dimusim perayaan begini...cuma dua kali berhenti rehat minum Tongkat Ali luruskan sendi sendi dan kita berpecah di tol SP Selatan.
Alhamdulillah rombongan selamat pergi dan balik.Pengalaman menggunakan sendiri komunikasi radio dapat memberi suntikan kepada krew krew mengenali Ham Radio dan masing masing nampaknya berminat untuk memilikinya.Secara Sah waa kaaa kaaa.
Adios 73....
Kesimpulannya pembelajaran melalui pengalaman lebih menyeronokkan dan berkesan,terutama yang dah otai macam kawan........

1 comment:

yongzu @ 9W2YZU said...

Amboi, dah jadi promoter nampak... ;)